Check this out

Wednesday, January 20, 2016

I-PLAY DI DONGDAEMUN DESIGN PLAZA, SEOUL

Entri 104

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Ini adalah gambar lawatan kami ke Dongdaemun Design Plaza, Seoul pada penghujung musim luruh yang lepas. Cuaca yang semakin sejuk menjenguk kepada musim sejuk, hanya tempat indoor sahaja pilihan kami untuk anak-anak.

Walaupun ini bukan kali pertama kami ke kawasan ini, tetapi anak-anak seperti biasa teruja apabila keluar rumah.

Kami disambut dengan 'telur' dinasour besar ini yang sungguh unik.


Ini juga salah satu kekreatifan mereka menarik pengunjung untuk datang.
 

Ini hanya satu-satunya gambar yang saya sempat ambil sebelum masuk ke pintu utama Iplay. Menguruskan tiga anak sendirian, saya agak 'sibuk' memerhatikan mereka. Walaupun hujung minggu, tetapi suami masih sibuk di pejabat, dan sebab itulah saya agak 'kalut' apabila keluar dengan anak-anak.


Sudut ini adalah sudut paling popular dek kanak-anak berebut kereta mainan itu yang agak terhad. Mereka boleh pretend untuk melalui trak laluan dan mengisi 'minyak' kenderaan masing-masing.



Hanaa dan Tasnim agak ralit di sini. Banyak yang menarik baginya.'Menggosok baju', menukarkan baju kepada orang kayu ini, memasak, dan sebagainya.



Mereka juga tidak ketinggalan untuk mencuba gelongsor kayu ini. Agak menarik kerana mereka disambut oleh butiran bebola kayu di bawahnya.






Hanaa terjumpa kereta sorong bayi dan seperti biasa dia akan memilih patung kegemarannya, seekor anak beruang!



Fahmi masih teruja bermain di sini walaupun tempat ini lebih sesuai kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Tetapi dek sudah lama tidak keluar rumah, dia masih bersemangat bermain terutamanya di tempat yang lebih menguji minda.






Hanaa asyik bermain di kawasan pertukangan dan pembinaan ini bersama salah seorang anak kawan saya di sini. Kami berjanji untuk berjumpa di sini. Pertama kali untuk mereka dan alhamdulillah, mereka menyukainya.

Hanaa jadi bomba!

Saya tahu ramai orang asing yang mencari maklumat tempat sebegini terutama bagi yang menetap di Korea (seperti saya juga) dan untuk kesenangan carian di google, seperti biasa saya sertakan di sini alamat dalam Bahasa Inggeris.

How to go to i-play in Dongdaemun:
 
i-Play is located at Level 1 of Dongdaemun Design Plaza Design Lab (Building D) and is open from 10am to 6pm everyday except Mondays. If you need the address, its 281 Eulji-ro, Jung-gu, Seoul or 서울특별시 중구 을지로 281 and you can call them at (02) 2153-0742.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...