Check this out

Sunday, November 22, 2015

NAMI ISLAND DI MUSIM LURUH

Entri 90

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Nami Island atau Pulau Nami adalah tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari seluruh dunia apabila berkunjung ke Korea. Malah pulau ini juga sangat popular di kalangan penduduk Korea sendiri.
 
Apatah  lagi apabila tiba musim luruh, tempat ini tidak pernah sunyi. Beribu pelawat keluar masuk setiap hari. Sampai saya terfikir, orang Korea ni sangat menghargai keindahan alam di bumi mereka. Walaupun setiap tahun musim luruh tiba, tetapi mereka tidak pernah bosan untuk menikmati keindahan alam ini.
 
Mereka juga seperti pelancong-pelancong asing, sanggup berbondong-bondong beratur untuk ke pulau ini. Tidak pernah jemu.
 
Bagi kami, lawatan pada kali ini sangat bermakna kerana kunjungan pada tahun lepas agak tidak tepat kerana tiba pada waktu daun belum menguning. Kami juga mengambil kesempatan pada kali ini untuk bermalam di sekitar Chuncheon, dalam 5 kilometer dari jeti Pulau Nami ini.
 
Oh ya, waktu yang paling sesuai untuk melihat dedaun kuning di Nami ini adalah pada musim luruh di sekitar minggu keempat bulan Oktober.
 
Di hadapan pintu masuk semasa Papa membeli tiket
 
 
Tengok pemandangan di dalam feri ini. Penuh dengan golongan Ahjumma. Dah pangkat nenek rasanya, tetapi masih kuat untuk menjelajahi Pulau Nami. Usia bukan penghalang.
 

 


Keindahan warna-warna pokok sangat cantik
 
 
 

Daun-daun kuning pokok ini sudah banyak yang luruh.


 



Ini adalah rutin kami, membawa bekalan dari rumah. Kali ini, kimbap, roti paun dan roti sosej, semuanya homemade with love, Alhamdulillah.

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menaiki basikal ini. Penat juga meriba Hanaa di tempat duduk di hadapan.

Musalla yang cantik, bersih dan selesa di Pulau Nami. Menunjukkan betapa ramainya pengunjung Muslim terutamanya dari Malaysia dan Indonesia.
 

Pemandangan yang sangat menyejukkan mata.

Tidak berapa ramai orang di sini, tetapi pemandangannya tidak menghampakan.

Unik!

Anak-anak seronok apabila angin nyaman bertiup dan daun-daun pun berguguran, ibarat titisan hujan.

 

Seperti biasa, tidak melepaskan peluang untuk menikmati nasi goncang!
 
 

Daun-daun kering gugur ini nampak cantik di landasan keretapi ini. Saya mengambil peluang bergambar sebelum keretapi datang.

 
 
Dari atas feri, selamat tinggal Pulau Nami. Sehingga ketemu lagi.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...