Check this out

Saturday, November 28, 2015

GYEONGBOKGUNG PALACE, SEOUL

Entri 93

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Ini adalah kisah ke Gyeongbokgung Palace, Seoul pada tahun lepas. Waktunya lebih kurang sekarang, penghujung bulan November semasa sepupu suami sekeluarga datang ke Korea.
 
Waktu itu, selepas setahun saya tinggal di Korea baru ada masa untuk ke sana. Itupun sebab membawa mereka, kalau mereka tidak datang mungkin saya pun belum sampai.
 
Suami pernah ke sana beberapa kali atas urusan kerja dan Daniel pun pernah sekali ke sana sewaktu mengikuti rombongan lawatan dari kelasnya. Saya terkejut Daniel masih ingat lagi lawatannya dan menceritakan berkenaan King Sejong. Sejak dari hari itu, saya perasankan sesuatu dari anak bujang saya. Ya, dia sukakan sejarah, seperti Papanya.
 
Berbalik kepada cerita ke Gyeongbokgung tadi, cuaca pada masa itu sangat sejuk dan berangin, tetapi ianya tidak menghalang niat kami untuk membawa sepupu tadi.
 
Tempat ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Upacara pertukaran pengawal adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh pelawat. Dengan muzik yang bersemangat dan kuat, kita dapat lihat pengawal-pengawal berbaris cekap, seperti dalam filem ataupun berada di zaman dahulu kala. 




 
Tiba-tiba terjumpa penterjemah tidak berbayar! Anak muda Korea ini tiba-tiba menegur kami dalam bahasa Inggeris dan menerangkan acara yang sedang berlangsung. Di Korea, anak-anak muda dan kanak-kanak memang minat sejarah dek didikan dan asuhan di sekolah yang mengajar mereka cintakan sejarah. Jadi tidak hairanlah jika kita lihat di tempat-tempat bersejarah di sini terdapat ramai golongan muda yang tidak jemu-jemu melihat/mempelajari sejarah mereka sendiri.
 



 

 
 
 
Tasik di belakang ini sangat cantik dan menenangkan ditambah pula dengan sebuah persinggahan di belakang itu.

 

 
 


 
 
Pengawal di belakang itu seperti tidak pernah penat berdiri tegak.  
 
 
 
Semasa tiba di Stesen Gwanhamun, saya sempat lagi membeli sehelai jaket tebal kerana tidak tahan sejuk dengan cuaca. Mujur anak-anak sudah memakai pakaian yang sesuai.

 
 
Kami membawa sepupu makan ikan bakar dan sotong pedas Korea di Dongdaemun. Hanya satu kedai ini sahaja yang buka memandangkan hari tersebut adalah hari Ahad.
 
 

 

 
Bagi yang ingin ke Gyeongbokgung Palace di atas, alamatnya adalah di 161, Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul. Boleh klik LINK ini untuk  maklumat lanjut.
 
[Subway]
Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5

OR,
Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...