Check this out

Wednesday, November 4, 2015

AKADEMI BEKERJA DIRUMAH JUGA UNTUK ORANG BEKERJA

Entri 82

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Ada kawan-kawan tanya pasal Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ini, adakah terhad kepada surirumah sahaja?

Jawapannya tidak.

Dalam kumpulan sokongan ABDR ini terdapat pelbagai latarbelakang ahli.

Ada yang surirumah yang memang tidak bekerja.
Ada yang berhenti kerja untuk jaga anak-anak.
Ada yang sedang sambung belajar dan ingin intai peluang bisnes.
Ada yang surirumah dan bekerja di rumah (work at home).
Ada yang sedang bekerja dan ingin pendapatan sampingan.
Ada yang nak berniaga tetapi malas simpan stok.
Ada yang masih bekerja dan bercadang untuk berhenti.
Ada yang juga kaum Adam yang melakukan pelbagai kerja.
Ada pemilik bisnes yang masih belajar untuk pergi secara online.
Ada yang memerlukan support group yang seronok seperti keluarga sendiri.

Dan sebagainya. Terdapat pelbagai lapisan latarbelakang.

Kami diibaratkan satu keluarga besar, tolong sesama sendiri dan juga berkongsi idea serta pandangan untuk menulis atau memajukan perniagaan.

Yang paling penting adalah semangat dan usaha. Semuanya terletak kepada kita untuk menerokainya. ABDR sediakan platform untuk belajar kelas blog bisnes ataupun kelas blog penulisan. Bonusnya, kami dapat Ebook pelbagai jenis dan bermacam-macam perkongsian ilmu bermanafaat di dalamnya.

Tiada paksaan, tiada KPI menekan, tetapi akan sentiasa ada galakan dari guru online dan juga kawan-kawan seangkatan untuk kita maju kedepan.

Ada sesiapa yang berminat untuk sertai ABDR ini, boleh email saya di tinicraft@gmail.com.

Terima kasih. 


Contoh-contoh Ebook yang kami ada di ABDR.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...