Check this out

Saturday, October 17, 2015

NAMI ISLAND, KOREA

Entri 60
 
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
 
Ini adalah cerita kami ke Nami Island pada tahun lepas. Saya sudah kongsikan di blog lama saya tetapi penceritaaannya sangat sedikit. Memandangkan musim luruh ini datang lagi dan kami akan ke sana lagi in shaa Allah, saya ingin ingat kembali saat-saat kami ke sana dulu.
 
Nami Island adalah salah satu tempat wajib di kunjungi jika anda ke Korea. Terteletak di Gapyeong, Gyeonggi-do kira-kira 63 kilometer dari Seoul.
 
Alamatnya adalah seperti berikut:-
 
1024, Bukhangangbyeon-ro, Gapyeong-eup, Gapyeong-gun,
Gyeonggi-do (Naminara Republic Immigration Control Office)
강원도 춘천시 남산면 남이섬길 1
 
 

 
 Kami memulakan perjalanan dengan menaiki teksi ke stesen Yongsan dan menaiki ITX ke Gapyeong Station (perjalanan selama 50 minit). Sampai di sana, kami menaiki teksi ke jeti untuk ke Nami Island. Anak-anak sangat mengantuk kerana kami keluar rumah pada jam 530 pagi untuk mengejar ITX (fast train) pada jam 6 pagi.

 
.

 Gambar ini di ambil di hadapan stesen Gapyeong.
 

Sementara menunggu suami membeli tiket masuk, saya mengambil gambar anak-anak sebagai kenang-kenangan. Kami sampai di sini seawal jam 715 pagi. Kami adalah di antara orang terawal sampai di sini dan menaiki feri pertama untuk ke pulau.
 

Ini adalah gambar kegemaran saya. Anak-anak suka untuk duduk di atas batu tersebut berlatarbelakangkan dedaun merah yang sungguh cantik!
 

Sewaktu kami pergi ke sana, adalah di awal musim luruh, jadi pokok di sini tidak begitu kuning lagi. In shaa Allah kami akan pergi pada waktu yang tepat nanti. Kita hanya merancang  kan?
 

 
Ini adalah "nasi goncang", nama yang dipanggil oleh orang Malaysia di sini. Kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasi ini. Dapat sarung tangan tebal sekali untuk pegang bekas besi yang sangat panas itu.
 

Isi di dalamnya selepas digoncang adalah tidak seindah rupa. Tapi disebabkan lapar, kami abaikan semua itu dan makan kesemuanya. Nasi bercampur kimchi dan telur. Satu lagi Nasi, kimchi dan Tuna. Rasanya juga boleh tahan dan disebabkan saya peminat tegar  kimchi, saya sukakan nasi ini.
 
 
 

Muka-muka lapar di Nami Island. Cuaca agak sejuk di luar, jadi, semuanya makan apa yang ada.

 

Ini adalah salah satu kemudahan yang sangat berharga, iaitu Surau! Sangat selesa dan bersih. Alhamdulillah. Memang patutlah Nami ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia.



Saya tidak pernah menonton cerita Winter Sonata. Suami saya pernah. Jadi dia ajak saya bergambar di sini. Kami akhirnya mendapat peluang selepas beratur dengan yang lain. Gambar ini diambil oleh salah seorang pelawat Korea yang menawarkan dirinya untuk mengambil gambar kami dan seorang lagi sedang melayan anak-anak kami untuk tidak "kacau" mama dan papa ambil gambar.
 

 
Gambar ini pula diambil oleh Fahmi, anak sulung kami. 

Fahmi tidak suka bergambar, tetapi sesekali pose nya boleh tahan juga! Saya suka gambar ini.

 
Gambar ini diambil oleh seorang orang Malaysia yang baru sampai ke sini. Kami bergilir-gilir untuk ambil gambar.


Anak-anak sudah mula rimas bergambar, dan matahari juga sudah meninggi. Namun, kami cuba memujuk untuk gambar keluarga.
 
 
Fahmi dengan aksi hero Koreanya.
 
 
 
 Gambar ini adalah sangat berharga kerana nampak agak sempurna dari yang lain. Pencahayaannya juga kena pada kami kerana ianya diambil oleh seorang jurugambar majalah yang sedang membuat penggambaran di sini. Kami tidak sengaja berhadapan dengan kameranya dan dia tiba-tiba menawarkan dirinya untuk mengambil gambar.
 

 
Oh ya, ini adalah perpustakaan mini di dalam bangunan yang sama dengan surau. Ia terletak di tingkat bawah manakala surau ada di Tingkat 2. Tetapi semuanya berbahasa Korea. Jadi anak-anak hanya melihat gambar-gambar di dalam buku tersebut sahaja. Saya dapat "membeli" masa mereka semasa suami sedang bersolat.
 
 
 
Ini pula gambar di atas feri ketika dalam perjalanan pulang ke tanah besar. Hanaa sudah tertidur. Yang lain juga kepenatan.
 
In shaa Allah semoga pada musim luruh kali ini, kami dapat ke sini lagi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...