Check this out

Saturday, October 31, 2015

GARDEN OF MORNING CALM, KOREA

Entri 74

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Ini adalah salah satu aktiviti kami untuk menghabiskan baki cuti sekolah anak-anak.

Tempat ini adalah Garden of Morning Calm  yang terletak di daerah Gapyeong di Gyenggi-do.

Bagi saya yang pertama kali sampai di sini, saya sudah dapat agak, tempat ini paling cantik pada musim luruhnya. Daun pokok berwarna warni amat memukau pandangan mata sambil mulut menyebut SubhaanAllah.

Saya berbicara dengan suami, Korea ini amat bertuah dek kecantikan alam semulajadinya yang sangat indah. Mereka menjada kawasan-kawasan sebegini dengan sebaik-baiknya. 

Rakyatnya juga amat suka menikmati keindahan ini dan mereka juga sukakan aktiviti mendaki bukit dan gunung. Sebab itulah pada musim bunga, musim panas dan musim luruh set baju-baju trekking dijual di merata tempat dan harganya sangat murah. Aktiviti itu juga bukan sahaja merupakan kegemaran anak muda malah orang-orang tua juga, siap bertongkat lagi.

Seperti kehadiran kami ke sini pada waktu itu, ianya dipenuhi oleh orang-orang Korea juga. Walaupun ini tempat mereka, tetapi mereka tidak akan  melepaskan peluang untuk menikmati keindahan pemandangan ini yang hanya hadir sekejap sahaja sebelum musim sejuk tiba.


Ini adalah gambar di pintu masuk ke taman ini, sebaik sahaja melepasi pintu tiket utama. Walaupun berbayar, masih ramai yang datang untuk menikmati permandangan di sini. Cuaca pagi itu agak redup selepas hujan di awal pagi, namun amat menyamankan, sesuai dengan namanya Garden of Morning Calm.



Anak bujang saya good mood pada hari itu, jadi dia melayan permintaan Papanya untuk bergambar. :)



Ini adalah pandangan sebuah kedai runcit/ kedai serbaneka di dalam taman ini. Cantik bak rumah-rumah lama pada zaman dahulu.


Ini adalah kedai herba berdekatan pintu keluar. Saya masuk window shopping sahaja kerana bagi saya harganya agak mahal.













Sebelum berangkat pulang ke Seoul, kami mengambil gambar kenang-kenangan di tempat parking. Tidak lupa juga mengambil gambar bukit yang agak berwarna warni menyerikan lagi keindahan musim luruh ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...