Check this out

Friday, October 16, 2015

CERITA HARI JUMAAT

Entri 58

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Hari ini hari Jumaat yang indah. Cuaca amat baik sekali. 

Setelah selesai Dhuha dan Al Kahfi, saya bereskan kerja rumah. 

Usai minum pagi, saya betul-betul habiskan masa bersama Hanaa.

Memandangkan dia telah menyepahkan bilik Kakak dengan permainannya, saya mengajaknya berkemas sebelum Kakak pulang. Lagi pula, cuti sekolah selama seminggu akan bermula esok sempena pertengahan semester pertama.

Sambil berkemas, saya mengajaknya bermain "pink castle" ini. Dia sungguh teruja menyusun alatan kelengkapan istana beserta raja, permaisuri dan puteri.

Kemudian saya bacakan cerita seekor beruang kepadanya






Nota: Ini lah Hanaa, kalau keluar, mesti banyak barang di bawanya.

Selepas solat Zohor, saya membawanya ke taman berhampiran. Seronok, cuaca pun sungguh nyaman dengan cahaya matahari yang masih lagi hangat.

Kemudian kami langsung menaiki bas ke pekan kecil Itaewon berhampiran masjid.
Ahjumma yang duduk di sebelah itu memberikan Hanaa gula-gula sewaktu kami di perhentian bas. Memang orang-orang tua sebegini suka memberi gula-gula, biskut atau apa sahaja dari dalam beg mereka. Kami hanya mengambil untuk menghormati mereka.

Sampai di Itaewon, saya membeli sedikit barang dapur dan jus minuman untuk Hanaa, kami bergerak pulang.

Sambil menunggu bas untuk balik, saya sempat membeli Turkish Kebab by Mr.Kebab kegemaran anak-anak. Di situ juga saya terserempak sekumpulan besar orang Melaka sedang memenuhi kedai kebab tersebut. Memang orang Malaysia sentiasa ada di mana-mana di Itaewon ini.

Oh ya, jika datang ke Itaewon jangan lupa cuba kebab Mr Kebab berhadapan dengan lampu isyarat jalan besar Itaewon. Memang terbaik!

Semoga cuaca terus baik sebelum musim sejuk tiba nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...