Entri 43
Teks: EBOOK 101 IDEA BISNES MAKANAN
Foto: AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Minat saya untuk membuka cafe ini timbul sejak saya mula berkahwin. Saya suka
pergi makan di tempat-tempat yang bersih dan cantik. Tujuan saya berhenti kerja
dari bank dahulu adalah untuk menjaga anak-anak yang sedang membesar. Jadi
apabila anak-anak sudah besar, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya teruskan
impian yang sudah lama saya tangguhkan.
Antara tujuan utama saya ingin
membuka cafe adalah utk menambah nilai hidup kepada orang lain dengan memberi
pekerjaan yg baik kepada golongan belia sebangsa saya. Saya berhasrat untuk
membuka cafe yang menyediakan makanan yang bersih dan halal berkonsep santai
serta dilengkapi talian internet seperti Cafe Francise.
Banyak cabaran
yang saya hadapi pada peringkat permulaan. Kata-kata orang sekeliling banyak
melemahkan semangat saya. Saya tidak mendapat sokongan keluarga dan ia
hampir-hampir membuatkan saya putus asa dan melupakan impian saya. Namun, saya
kuatkan semangat tetap nekad untuk meneruskan niat saya untuk membuka
cafe.
Alhamdulillah, setelah 60% usaha saya ke arah impian saya, barulah
saya lihat keluarga merestui keputusan saya. Restu dari keluarga amat berharga
bagi saya.
Matlamat saya nak menjadikan Old Station sebagai kopitiam/cafe
tempatan yg setanding dengan jenama francise.
Sebagai persediaan dalam
bidang perniagaan, saya banyak menghadiri seminar-seminar yang dikendalikan oleh
pakar-pakar pemasaran. Antaranya seminar Dr Azizan seperti Master Your Bisness,
Train The Trainer, Rahsia Kuasa Minda, Advance marketing Power, Fesbuk Power,
Potensi Diri, Jutawan Industri dan lain-lain lagi. Saya juga mengikuti kursus
anjuran MARA dan konvensyen TERAJU. Banyak yang saya belajar dari tip dan
panduan dari seminar-seminar sebegini serta tidak lupa juga dari orang-orang
sekeliling saya.
Nasihat saya kepada wanita-wanita di luar sana, jika
ingin menjalankan bisnes teruskan sahaja. Usah takut dan teragak-agak, buat
sahaja dan usaha untuk tambah baik selepas itu.
Baca lagi kisah usahawan
ini dalam ebook 101 idea bisnes makanan.
Boleh miliki Ebook ini yang bakal terbit pada Oktober ini bersama pakej Ebook paling popular yang telah diterbitkan sebelum ini. Boleh email tini di tinicraft@gmail.com.
No comments:
Post a Comment