Check this out

Wednesday, September 2, 2015

BROOCH DI NAMDAEMUN MARKET, SEOUL

Entri 31

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Namdaemun Market adalah tempat paling popular yang mesti dilawati oleh pelancong terutamanya dari Malaysia. Ia merupakan pasar tradisional yang menjual pelbagai aksesori, cenderahati, pakaian, makanan, kelengkapan rumah, bedding set, pinggan mangkuk dan banyak lagi.

Jika saya ke sini, saya biasanya hanya membeli brooch, aksesori dan juga cenderahati. Pada lawatan saya yang lepas, saya telah membeli barang kiriman kawan-kawan di Malaysia. Ini di antara gambar-gambar yang sempat saya ambil disebabkan pada masa itu saya menolak Hanaa di strollernya. Agak berpinar mata melihat sinaran aksesori di sini.
Disebabkan tempatnya juga agak sempit, saya tidak dapat menghabiskan masa terlalu lama di sini kerana terdapat ramai pelanggan yang tidak putus-putus. Saya mesti akan terjumpa pelancong dari Malaysia di sini dan ada kalanya dengan rombongan orang Malaysia di sini. Sungguh meriah, bagai di Malaysia!

Bagi yang berminat untuk membeli barang-barang dari Korea ini, bolehla hubungi saya di tinicraft@gmail.com untuk maklumat lanjut.

In shaa Allah untuk lawatan akan datang, saya akan ambil lebih banyak gambar.

 

 

Ini pula di antara, "hasil tangkapan" yang dikirim oleh kawan-kawan untuk diposkan ke Malaysia.

 

  



Bagi yang berminat untuk membeli barang-barang dari Korea ini, bolehla hubungi saya di tinicraft@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...