Check this out

Thursday, August 20, 2015

TIPS: CATATKAN TUGASAN HARIAN

Entri 10

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Pernah tak kita rasa, "eh, kenapa cepat sangat ya masa berlalu, banyak lagi tak siap ni". Situasi sebegini tidak ada bezanya samada surirumah ataupun yang bekerja. Sebab itulah bagi saya, senarai tugasan harian atau boleh dipanggil "list of the day" adalah sangat penting. Memang menjadi tabiat saya dan ramai lagi untuk mulakan tugas di awal pagi dengan menulis senarai perkara yang perlu dilakukan pada hari tersebut terutamanya baik tugasan harian ataupun tugasan sesekali untuk dibuat. Ada macam-macam cara menulis, sama ada di papan catitan, di buku nota, ataupun di memo di dalam telefon masing-masing.
 
Kalau saya, saya lebih suka untuk menulis di atas kertas seperti dalam gambar di bawah dan letakkan di sudut yang paling kerap dikunjungi dengan tujuan untuk senang dilihat.
 

 
 
Ini adalah "hot spot" di rumah saya, di sinki. Saya akan menggantungkan senarai ini di sebelah nota perkataan korea yang perlu di hafal. Jadi, sewaktu membasuh pinggan tu, saya senang merujuk sambil menghafal. Daniel, anak sulung saya suka melihat senarai ini dan soalan lazim dia adalah "Mom, how many you need to do things today? Does that make you tired? I could always give you a massage". Risau, mamanya penat. Dia amat sensitif melihat senarai saya dan kadang-kadang dia memendekkannya dek takut saya jatuh sakit.
 
Saya pernah cuba menulis di telefon dengan alasan senang untuk dirujuk di mana saya pergi. Tetapi untuk kerja di dalam rumah, saya lebih suka menulis di nota sebegini yang mana lebih kerap dan senang dilihat sewaktu di dapur. Ini juga adalah habit saya dari zaman kerja dahulu lagi. Senaraikan tugasan harian bagi mengelakkan terlepas "due date" ataupun tertukar nama-nama syarikat.

Semoga sedikit perkongsian saya pada pagi ini dapat memberi manafaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...